Sempena sambutan Hari Merdeka yang ke-57, kami dari Unit Sejarah diarahkan untuk menyertai suatu acara perbarisan yang akan diadakan pada Ahad ini di Dataran Pahlawan. Raptai untuk acara ini diadakan selama 2 hari berturut-turut bermula pada hari Khamis dan Jumaat. Beratus-ratus kotinjen dari pelbagai persatuan turut menyertai acara yang bakal diadakan ini.
Pada hari Khamis, kami bertolak ke Dataran Pahlawan pada jam 6.30 pagi dengan menaiki sebuah bas. Sewaktu tiba di sana, hujan rintik-rintik mulai menyirami bumi Melaka. Kami berlari bertempiaran dan terus berteduh di bawah bumbung Dataran Pahlawan Mall. Acara raptai yang dijadualkan akan bermula pada jam 7 pagi ditangguhkan sehingga jam 11 pagi akibat hujan mulai lebat. Kami adalah kotinjen yang ke-84 melaporkan diri untuk acara perbarisan itu. Kami berarak dari Dataran Pahlawan ke Stadium Hang Tuah.
Pelbagai lapisan masyarakat yang dapat kami lihat sewaktu acara raptai itu berlangsung. Persatuan Melayu, Cina, India, Baba & Nyonya, Cheti dan lain-lain turut membanjiri Dataran Pahlawan pada hari itu.
Pelbagai pengalaman yang kami dapat dan ini merupakan kenangan yang berharga bagi kami :)
No comments:
Post a Comment