Sunday, August 31, 2014

Hari Kebangsaan Malaysia ke-57



MERDEKAAA ! MERDEKAAAA ! MERDEKAAA !

7 kali kalimah Merdeka dilaungkan di Dataran Pahlawan, Melaka Bandar Bersejarah pada hari Ahad, 31 Ogos lepas. Tatkala kalimah itu dilaungkan, terkenang kembali memori pabila Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka sebanyak 7 kali pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Lalu, lagu Tanggal 31 didendangkan ....

Tanggal 31 
Bulan 8 , 57 ...
Merdeka merdeka
Tetaplah Merdeka ...
Ia pasti menjadi sejarah ...

Kami berarak dari Dataran Pahlawan ke Stadium Hang Tuah beramai-ramai. Semasa berarak, kami memberi tabik hormat kepada Ketua Menteri Melaka. Suasana sambutan pada hari itu sungguh meriah. Pelbagai lapisan masyarakat turut keluar menunggu di sepanjang jalan untuk bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan ini. Pelancong-pelancong dari luar negara juga turut teruja dan seronok melihat kami semua menyambut dengan gembira dan meriah. Kami berarak di sekeliling bangunan-bangunan bersejarah seperti Stadhuys, A Famosa, muzium-muzium dan lain-lain . 

Walaupun penat, tetapi ini merupakan pengalaman dan kenangan yang terindah buat kami semua ^^


Saturday, August 30, 2014

Raptai Perbarisan Hari Merdeka

Sempena sambutan Hari Merdeka yang ke-57, kami dari Unit Sejarah diarahkan untuk menyertai suatu acara perbarisan yang akan diadakan pada Ahad ini di Dataran Pahlawan. Raptai untuk acara ini diadakan selama 2 hari berturut-turut bermula pada hari Khamis dan Jumaat. Beratus-ratus kotinjen dari pelbagai persatuan turut menyertai acara yang bakal diadakan ini. 

Pada hari Khamis, kami bertolak ke Dataran Pahlawan pada jam 6.30 pagi dengan menaiki sebuah bas. Sewaktu tiba di sana, hujan rintik-rintik mulai menyirami bumi Melaka. Kami berlari bertempiaran dan terus berteduh di bawah bumbung Dataran Pahlawan Mall. Acara raptai yang dijadualkan akan bermula pada jam 7 pagi ditangguhkan sehingga jam 11 pagi akibat hujan mulai lebat. Kami adalah kotinjen yang ke-84 melaporkan diri untuk acara perbarisan itu. Kami berarak dari Dataran Pahlawan ke Stadium Hang Tuah.
Pelbagai lapisan masyarakat yang dapat kami lihat sewaktu acara raptai itu berlangsung. Persatuan Melayu, Cina, India, Baba & Nyonya, Cheti dan lain-lain turut membanjiri Dataran Pahlawan pada hari itu.

Pelbagai pengalaman yang kami dapat dan  ini merupakan kenangan yang berharga bagi kami :)


Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia Untuk MH17


Pada hari ini , seluruh rakyat Malaysia berkabung sempena menyambut ketibaan jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 . Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak ituPesawat khas Malaysia Airlines yang membawa jenazah 20 warga Malaysia mangsa nahas pesawat Penerbangan MH17 dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi Jumaat.

Kesemua jenazah itu akan disambut dengan satu istiadat penuh ketenteraan sebagai tanda penghormatan. Sementara 10 lagi jenazah warga negara Malaysia yang sudah dikenal pasti tetapi masih berada di Amsterdam kerana perlu melalui proses tertentu akan diusahakan dibawa pulang secara berperingkat-peringkat bermula Ahad ini.






Selamat pulang dan tenanglah jenazah mangsa nahas MH17 di bumi Malaysia ...