Friday, October 17, 2014

7 Tips untuk Persediaan Menghadapi Peperiksaan


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Tuesday, October 14, 2014

Perkampungan Penulis anjuran GAPENA

Pada 10 Oktober lalu, kami daripada Unit Sejarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka telah menghadiri Program Perkampungan Penulis anjuran GAPENA di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Kuala Lumpur . Program itu diadakan selama 3 hari 2 malam . Motif utama program ini adalah untuk melahirkan para penulis muda yang berbakat dan dapat meneruskan legasi penulisan sastera Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa . Oleh itu, pelbagai slot diadakan untuk melatih para penulis tentang penulisan sastera yang berkualiti dan kreatif . Antaranya, slot nazam, gurindam, seloka, sajak, syair dan pantun.

Seusai slot-slot tersebut, setiap peserta diminta menghantar 3 buah karya pelbagi genre kepada pihak GAPENA untuk dikumpul dan dibukukan dalam sebuah buku Antologi yang akan diterbitkan pada awal bulan Disember ini. Setiap karya itu akan disertakan nama setiap penulisnya . Ini merupakan sebuah peluang yang sangat berharga buat kami semua kerana karya-karya kami akan dibukukan secara percuma. Tiada bayaran dikenakan malahan kami akan dihadiahkan 5 buah buku Antologi tersebut secara percuma. Kami juga berpeluang berkenalan dan berguru dengan tokoh-tokoh sastera negara seperi Datuk Paduka Dr.Rosli dan Puan Mahaya. Ternyata, ini merupakan pengalaman dan kenangan yang terindah buat kami semua .

TANAH AIRKU
Malaysia
tanah airku
tanah tumpahnya darahku
di sini bumi kupijak
di sini langit kujunjung.

Malaysia
tanah penuh nikmat dan rahmat
anugerah Yang Maha Esa.

Tanah ini
menjadi rebutan
kuasa asing
ratusan tahun.

Walaupun begitu
hasil kesungguhan dan pengorbanan
para wira negara
yang tak kenal erti
penat dan lelah
Malaysia
tetap utuh berdiri
sehingga ke hari ini.

Bangganya aku menjadi rakyatmu
bangganya aku tinggal di bumimu.

Malaysia
di sini lahirnya  sebuah cinta.


Hazirah Salleh
Oktober 2014.

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidiladha


Salam Aildiadha kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya kepada semua warga IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka . Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna dan pengorbanan buat kita semua :)

Saturday, October 4, 2014

Kejohanan Olahraga dan Balapan ke-43

Kelmarin, IPG Kampus Perempuan Melayu telah mengadakan Kejohanan Olahraga dan Balapan kali yang ke 43 . Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan antaranya acara balapan, lompat jauh, lontar peluru dan lain-lain . Pelajar-pelajar PPISMP ambilan Jun 2014 telah mempersembahkan formasi kepada para tetamu kehormat semasa pembukaan majlis Kejohanan . Selepas itu, diiringi dengan acara perbarisan oleh setiap rumah sukan dimulai rumah Sri Telang, Sri Dahlia, Sri Mawar dan Sri Kenanga .

Seusai acara kejohanan dipertandingkan, kini tibalah acara kemuncak iaitu penyampaian piala dan hadiah kepada pemenang . Bagi acara perbarisan, rumah Sri Kenanga telah menjuarainya . Bagi acara keseluruhan kejohanan yang mengumpul mata terbanyak dijuarai oleh rumah SRI TELANG ! TAHNIAHHHH ! :)




SRI TELANG JUARA KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN KALI KE-43 ! 


Wednesday, September 10, 2014

Memorial Tunku Abdul Rahman 57@57

Pada 5 September yang lalu, kami dari Unit Sejarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka telah menghadiri majlis perasmian Memorial Tunku Abdul Rahman 57@57 di Bandar Hilir yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. Seusai majlis perasmian itu, kami dibawa masuk ke dalam memorial itu. Kami dapat melihat pelbagai bahan sejarah dipamerkan terutamanya tentang peristiwa kemerdekaan negara.

Pada waktu yang sama juga terdapat Pameran Lukisan Tunku Abdul Rahman oleg seorang pelukis terkenal iaitu Stephen Menon. Beliau bergiat aktif dalam bidang lukisan potret tokoh yang berkonsepkan lukisa kontemporari. Beliau mula melukis potret ahli politik terkinal iaitu Mao Ri , seniman agung negara iaitu P.Ramlee dan sekarang beliau bergiat mengadakan pameran hasil lukisan beliau iaitu Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan negara kita. 


Replika menunjukkan suasan peristiwa Tunku Abdul Rahman pulang dari London selepas mendapat tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 



Antara lukisa potret Tunku Abdul Rahman oleh Stephen Menon yang berkonsep kontemporari 


Replika menunjukkan suasana semasa Perjanjian London



Sunday, August 31, 2014

Hari Kebangsaan Malaysia ke-57



MERDEKAAA ! MERDEKAAAA ! MERDEKAAA !

7 kali kalimah Merdeka dilaungkan di Dataran Pahlawan, Melaka Bandar Bersejarah pada hari Ahad, 31 Ogos lepas. Tatkala kalimah itu dilaungkan, terkenang kembali memori pabila Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka sebanyak 7 kali pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Lalu, lagu Tanggal 31 didendangkan ....

Tanggal 31 
Bulan 8 , 57 ...
Merdeka merdeka
Tetaplah Merdeka ...
Ia pasti menjadi sejarah ...

Kami berarak dari Dataran Pahlawan ke Stadium Hang Tuah beramai-ramai. Semasa berarak, kami memberi tabik hormat kepada Ketua Menteri Melaka. Suasana sambutan pada hari itu sungguh meriah. Pelbagai lapisan masyarakat turut keluar menunggu di sepanjang jalan untuk bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan ini. Pelancong-pelancong dari luar negara juga turut teruja dan seronok melihat kami semua menyambut dengan gembira dan meriah. Kami berarak di sekeliling bangunan-bangunan bersejarah seperti Stadhuys, A Famosa, muzium-muzium dan lain-lain . 

Walaupun penat, tetapi ini merupakan pengalaman dan kenangan yang terindah buat kami semua ^^


Saturday, August 30, 2014

Raptai Perbarisan Hari Merdeka

Sempena sambutan Hari Merdeka yang ke-57, kami dari Unit Sejarah diarahkan untuk menyertai suatu acara perbarisan yang akan diadakan pada Ahad ini di Dataran Pahlawan. Raptai untuk acara ini diadakan selama 2 hari berturut-turut bermula pada hari Khamis dan Jumaat. Beratus-ratus kotinjen dari pelbagai persatuan turut menyertai acara yang bakal diadakan ini. 

Pada hari Khamis, kami bertolak ke Dataran Pahlawan pada jam 6.30 pagi dengan menaiki sebuah bas. Sewaktu tiba di sana, hujan rintik-rintik mulai menyirami bumi Melaka. Kami berlari bertempiaran dan terus berteduh di bawah bumbung Dataran Pahlawan Mall. Acara raptai yang dijadualkan akan bermula pada jam 7 pagi ditangguhkan sehingga jam 11 pagi akibat hujan mulai lebat. Kami adalah kotinjen yang ke-84 melaporkan diri untuk acara perbarisan itu. Kami berarak dari Dataran Pahlawan ke Stadium Hang Tuah.
Pelbagai lapisan masyarakat yang dapat kami lihat sewaktu acara raptai itu berlangsung. Persatuan Melayu, Cina, India, Baba & Nyonya, Cheti dan lain-lain turut membanjiri Dataran Pahlawan pada hari itu.

Pelbagai pengalaman yang kami dapat dan  ini merupakan kenangan yang berharga bagi kami :)